Kepentingan & Faedah Urutan Selepas Bersalin Yang Ibu Harus Tahu Amalan berurut selepas bersalin amat penting di sepanjang tempoh berpantang. Walaupun di zaman serba moden dan hidup di kotaraya besar, kebanyakkan ibu muda kurang mementingkan aspek ini. Ingat, di saat muda mungkin anda belum merasainya, tetapi apabila usia semakin meningkat kelak, barulah anda akan rasai kesannya. Kebiasaannya, selepas melahirkan anak badan kita akan terlalu letih dan lemah. Bayangkanlah, saat-saat melalui sakit kontraksi, meneran dan saat melahirkan itu amat menyakitkan. Ibarat bertarung nyawa. Pengalaman saya selepas bersalin dan berpantang dahulu, saya memang dah ada tukang urut atau bidan kampung yang siap-siap tempah dari sejak awal mengandung lagi. Dan biasanya selain berurut, saya juga dimandikan dengan mandian herba. Memang terasa segar dan wangi badan lepas dimandikan. Sejurus selepas melahirkan, maka saat berpantang telah bermula selama 44 hari. Tempoh inilah waktu ...